.................
................................................
....Hebatnya Pencipta.....
-----------------------------------------------
Siapa kita untuk membangga diri?

Radio Islamik (Indonesia)

" ISLAM DIHAYATI, RAJA DITAATI, RAKYAT DINAUNGI "

Suara Bacaan Yang Tetap Diingati

Berita Kepada Kawan

Pengorbanan

Dari Ku Untuk Mu

Logo KPM Kini

Logo KPM Kini

Ikhlas Bertugas - Menginsafi Perjalanan Ini

Tuesday, December 22, 2009

Demi kecemerlangan akademik..

Pada tarikh 14-16 Disember 2998 (Isnin -Rabu) bertempat di Hotel Herritage Ipoh, Perak telah berlangsung Mesyuarat JK Pelaksanaan Kurikulum Dan Akademik bersama Bersama Ketua Sektor Pengurusan Akademik JPN anjuran Bahagian Pengurusan Sekolah Harian, Kementerian Pelajaran Malaysia. Saya telah diberi tanggungjawab mewakili Ketua Sektor Pengurusan Akademik JP Kelantan menghadiri mesyuarat ini. Bertolak ke Ipoh jam 9.00 pagi dengan menaiki Bas Transnasional dan tiba di Terminal Bas Medan Gopeng Ipoh, jam 5.00 petang dan seterusnya ke hotel. Menginap di Bilik no 333.

Jam 8.30 malam bermulalah mesyuarat dengan taklimat "house keeping" oleh wakil BPSH, Dr. Mazniyah Md Jaafar dengan diikuti oleh perbincangan kalangan semua KSPA negeri mengenai isu-isu akademik tahun 2010 berdasarkan refleksi pelaksanaan tahun 2009. Perbincangan dalam kumpulan ini di pengerusikan oleh Tuan KSPA Perak, Tn. Hj. Rozi Putih Ismail.Isu yang dibangkitkan ialah mengenai keperluan pertambahan pegawai di JPN /PPD untuk melaksanakan pendekatan baru KPM seperti LINUS dan MBMMBI.

Pada hari kedua, bermula jam 8.30 pagi diisikan dengan pembentangan perihalan akademik oleh pihak penganjur:
i. Analisis UPSR2008-2009 (Saya merujuk Kes Kelantan sahaja)
BM (Pemahaman) Kebangsaan 2008 :92.5% GPS 1.80 2009 : 91.1% GPS 1.88
Kelantan 2008 :91.8% GPS 1.96 2009 : 91.3% GPS 1.98
BM (Penulisan) Kebangsaan 2008 :86.7% GPS 1.84 2009 : 85.9% GPS 1.88
Kelantan 2008 :81.7% GPS 2.01 2009 : 91.3% GPS 2.09
Bahasa Ingeris Kebangsaan 2008 : 73.0% GPS 2.74 2009 : 72.2 % GPS 2.79
Kelantan 2008 : 82.4% GPS 2.49 2009 : 82.2 % GPS 2.49
Matematik Kebangsaan 2008 : 79.0% GPS 2.69 2009 : 81.8 % GPS 2.54
Kelantan 2008 : 82.0 % GPS 2.56 2009 : 84.9% GPS 2.38
Sains Kebangsaan 2008 : 81.1% GPS 2.67 2009 : 83.6 % GPS 2.79
Kelantan 2008 : 83.7 % GPS 2.56 2009 : 88.6 % GPS 2.26
ii.Sekolah Kebangsaan PERKASA
Terdapat sebanyak 750 buah SK dijadikan projek Sekolah Perkasa di mana 8 daripadanya dari Negeri Kelantan.. Ciri-ciri yang dilihat dalam fokus Sekolah Perkasa ini ialah:
-Pemimpin & guru terlatih serta berkualiti
-Iklim & budaya sekolah sihat
-Sistem sokongan kuat & mencukupi
-Infrastruktur lengkap & berkualiti
-Pencapaian akademik cemerlang
-Murid menguasai 3M
-Penawaran kurikulum berasaskan pelanggan
-Menawarkan Bahasa Cina dan Bahasa Tamil
-Pelaksanaan kokurikulum berkesan
-Sahsiah murid cemerlang
-Beraspirasi nasional
Dapatan KPM menunjukkan Sekolah Perkasa dari Kelantan menjuarai prestasi akademik UPSR 2009 dengan capaian 91.43% Diikuti oleh Terengganu dengan capaian 88.93%.
iii.UPSR 2009 Skim Tuisyen Felda
Kecemerlangan 5A yang dicapai oleh 9 buah sekolah STF Kelantan amat memberansangkan:
Bilangan 5A mengikut tahun UPSR
2007 - 8.66 % : 2008 - 8.12 % 2009 - 10.06% ( No 2 selepas Terengganu 14.14 %)
(Bilangan SK STF seluruh Negara - 269 )
iv.Pusat Pembelajaran Sains (PPS)
PPS bermula dengan pengambilan Tingkatan 4 pelajar sains di sekolah di bawah FELDA pada tahun 2008 , ini bermakna mereka ini adalah generasi SPM pertama tahun 2009.Pusat untuk murid yang lulus sederhana bagi Matematik, Sains dan B.Inggeris dalam PMR mengikuti kelas aliran sains tulen di tingkatan empat.
PPS merupakan satu projek khas bagi membantu murid FELDA dan luar bandar (80:20) untuk mengikuti aliran sains tulen (2nd chance). Sekolah asrama harian Kemudahan makmal sains tulen Antara objektif penubuhan PPS ialah memberi fokus dalam Pembangunan modal insan iaitu:
a. Meningkatkan jumlah waris FELDA dan luar bandar mengikuti aliran sains bagi mengisi peluang-peluang pekerjaan contoh: pembangunan wilayah ekonomi pantai timur (ecer) 2012 ->ntuk memenuhi sasaran dasar 60:40 bagi tahun 2007:
N asional - 40.2%; Negeri2 pantai timur – 38% Sepatutnya: 45%;
Target 2009: 50% ke atas
b. Meningkatkan jumlah penyertaan murid luar bandar dalam sains dengan SASARAN: TAMBAHAN 1,500 ORANG DI 14 PUSAT
c. Meningkatkan pencapaian dalam sains dengan SASARAN PENCAPAIAN: 50-60% BERJAYA IKUTI KURSUS TAHAP DIPLOMA KE ATAS
Bilangan sekolah PPS Kelantan 2 *SMK Kemahang dan SMK Chiku 2 )dari 14 buah sekolah seluruh negara (10 bermula 2008 manakala 4 bermula tahun 2009 (Johor dan N. Sembilan). Pelan 10 perkara terlibat dalam menjayakan PPS ini :
1. Tuisyen PPS FELDA bermula di Tingkatan Empat bagi 6 mata pelajaran: Biology
Physics
Chemistry
Mathematics
Additional mathematics
Bahasa Inggeris
2. Pelaksanaan tuisyen: 2 jam x 6 mata pelajaran seminggu; untuk 32 minggu (8 bulan); Elaun guru tuisyen = RM40.00 sejam
3. "Prep-Class"
4. Program Pembangunan Sahsiah
5. Program Motivasi dan Latihan
6. Ceramah Kerjaya
7. Ceramah oleh IPT dan Politeknik
8. Penglibatan Agensi Luar dan Badan Korporat
9. Program Sekolah Angkat IPT
10. Pemantauan

Bilagan Pelajar
Tingkatan 4 (2009) SMK Chiku 2 : 68 orang 3 Kelas SMK Kemahang : 115 orang 4 Kelas
Tingkatan 5 (2009) SMK Chiku 2 : 108 orang 4 Kelas SMK Kemahang: 93 orang 4 Kelas

v. Pendekatan Lesson Study dalam meningkatkan mutu P & P guru
Ramai guru yang mengajar pelbagai mata pelajaran di sekolah terdiri daripada guru bukan opsyen dan guru baru yang kurang pengalaman. Ini akan memberi implikasi terhadap minat dan pencapaian murid dalam mata pelajaran berkenaan di peringkat peperiksaan sekolah dan awam. Guru-guru tersebut memerlukan khidmat bimbingan dalam proses pengajaran dan pembelajaran berkesan secara "hands on" Sehubungan itu,Guru bukan opsyen dan guru baru memerlukan satu kaedah penambahbaikan pengajaran yang sistematik secara berterusan merangkumi amalan dan kerjasama antara guru.Pendekatan Lesson Study melibatkan:
-pembangunan profesionalisme di mana guru bekerjasama dalam kumpulan kecil bagi membincangkan matlamat pengajaran dan pembelajaran, merancang pengajaran di bilik darjah sebenar yang dikenali sebagai pengajaran berasaskan kajian.
-memberi peluang untuk guru menangani masalah secara berkesan berkaitan proses pengajaran dan pembelajaran.
-dapat mewujudkan jaringan rakan sejawat/ suasana bertugas secara berpasukan yang dapat membantu dalam tugasan berkaitan mata pelajaran.
Bengkel Lesson Study Tujuan:
Meningkat kemahiran dan keupayaan guru mata pelajaran dalam proses pengajaran dan pembelajaran bagi meningkatkan prestasi akademik murid.Kaedah pelaksanaannya:
1. Guru menyediakan rancangan mengajar mengikut peruntukan masa pengajaran dan pembelajaran.
2. Guru mengajar dengan dicerap oleh rakan sejawat dan moderator terdiri daripada Guru Cemerlang atau guru berpengalaman.
3. Guru membuat refleksi tentang kekuatan dan kelemahan pengajarannya
4. Moderator dan rakan sejawat memberi maklum balas mengenai kekuatan dan kelemahan pengajaran guru.
5. Guru membuat penambahbaikan dalam rancangan mengajar berdasarkan cadangan dan maklum balas semasa refleksi.
6. Guru menjalin jaringan kerjasama dengan moderator dan rakan sejawat bagi meningkat kemahiran dan keupayaan proses pengajaran dan pembelajaran
vi Laporan Penyeliaan Pengurusan Akademik PPD Peringkat Kebangsaan 2009
Penyeliaan ini melibatkan semua PPD. di mana 5 aspek (74 item) penyeliaan merangkumi pengurusan:
1 Pelan Induk Pembangunan Pendidikan (PIPP)
2 Mesyuarat yang diurusetiakan oleh PPD
3 Program-program Khas KPM
4 Penyeliaan Kurikulum di Sekolah dan
5 Program Peningkatan Akademik
Matlamat Penyeliaan ini adalah untuk memastikan pengurusan akademik yang berkesan dilaksanakan di PPD di mana objektif antara lainnya ialah:
(i) Memantapkan pentadbiran dan pengurusan akademik di PPD
(ii) Memastikan PPD menjalankan pemantauan ke sekolah
(iii) Memastikan dasar dan program KPM dilaksanakan
(iv) Mengenal pasti masalah pelaksanaan program akademik
(v) Memberi bimbingan dan khidmat bantu kepada PPD ke arah meningkatkan kemajuan prestasi akademik di sekolah
Penyeliaan akan dilaksanakan pada bulan Jun setiap tahun.

CADANGAN BAGI PENAMBAHBAIKAN PENGURUSAN AKADEMIK DI PPD
a. Penyeliaan
(i)PPD perlu merancang dan menyediakan jadual penyeliaan tahunan bagi semua pegawai akademik.
(ii)PPD perlu melaksanakan penyeliaan ke sekolah dengan lebih kerap.
(iii)Pegawai PPD perlu menyediakan laporan penyeliaan dan melaksanakan tindakan susulan.
(iv)KPM/JPN/PPD perlu mengadakan kursus / latihan yang berkaitan penyeliaan.
(v)KPM perlu menambah bilangan pegawai akademik PPD bagi tujuan pemantapan penyeliaan.
b.Program-program Khas KPM
(i) mematuhi SPI dan Surat Siaran dari KPM / JPN dalam melaksanakan program-program khas KPM.
(ii)menubuhkan jawatankuasa, mengadakan mesyuarat dan menyediakan minit mesyuarat bagi program-program khas KPM yang berkaitan.
(iii)menitikberatkan penyeliaan program-program khas KPM.
(iv)mengemaskinikan data dan maklumat.
(v)menyediakan laporan penyeliaan
c.Pelan Induk Pembangunan Pendidikan (PIPP) Semua PPD perlu:
(i) menubuhkan jawatankuasa, mengadakan mesyuarat dan menyediakan minit mesyuarat PIPP.
(ii)membuat pelan tindakan dan melaksanakannya
Penyeliaan Pengurusan Akademik PPD yang dilaksanakan bertujuan memantapan lagi pengurusan akademik di PPD dan juga di sekolah-sekolah. Penyeliaan dan pelaporan ini diharapkan dapat meningkatkan pengurusan akademik di PPD ke arah pencapaian MS ISO 9001:2008 dan Sistem Star Rating.
Dari dapatan KPM, Kelantan telah memenuhi semua ciri-ciri yang dikehendaki ..Tahniah kepada semua PPD semoga tahun 2010 lebih baik lagi.
vii. PROGRAM LITERASI DAN NUMERASI TAHAP I SEKOLAH RENDAH (LITERACY AND NUMERACY SCREENING (LINUS)
National Key Result Areas (NKRA’s) KPM telah menyasarkan bahawa semua murid yang tiada masalah pembelajaran berkeupayaan menguasai asas literasi dan numerasi selepas tiga tahun mengikuti pendidikan rendah pada akhir tahun 2012.
Mula dilaksanakan pada tahun 2010 yang melibatkan murid Tahun 1 di SR
Masalah murid (yang tiada masalah pembelajaran) yang masih belum menguasai kemahiran asas 3M dengan baik belum dapat diatasi sepenuhnya walaupun KPM telah melaksanakan pelbagai program pemulihan. Antaranya:
-Program KIA2M untuk murid Tahun 1 yang mula dilaksanakan pada tahun 2006.
-Program pemulihan untuk murid Tahun 2 dan 3 yang dikendalikan oleh guru pemulihan khas di sekolah masing-masing.
-PROTIM untuk murid Tahap 2.
-PROTIM selepas UPSR.
Program-program yang dilaksanakan di atas tidak gagal tetapi tidak dapat memenuhi kehendak NKRA .
LINUS ini merupakan program alternatif yang dirangka secara bersepadu untuk murid Tahap I yang tiada masalah pembelajaran tetapi tidak menguasai kemahiran asas literasi dan numerasi (Literasi – Celik huruf Numerasi – Celik nombor)
Definasi operasi Literasi : Keupayaan untuk membaca, menulis dan memahami perkataan,ayat tunggal dan ayat majmuk yang mudah serta mengaplikasi pengetahuan tersebut daam pembelajaran serta komunikasi harian.
Definasi operasi Numerasi:Kebolehan untuk melakukan operasi asas matematik dan memahami idea matematik yang mudah serta mengaplikasikan pengetahuan dan kemahiran matematik dalam kehidupan harian.
LINUS Programme
-Screening of Students (Year 1, Year 2 and Year 3)
-Development of Materials
-Enhancement of Teachers Pedagogical Skill
-Awareness Programmes for Schools and Community
-Monitoring, Supervision & Evaluation
-Establishment of FasiLINUS
Strategi Pelaksanaan LINUS di sekolah:
-Program LINUS ini wajib dilaksanakan di semua SK, SJKC, SJKT dan SABK.
-Terdapat 3 peringkat saringan untuk Tahun 1 , 2 dan 3:
- Saringan 1 (Mac)
- Saringan 2 (Jun)
- Saringan 3 (September)
-Semua murid Tahun 1 (2010) yang tiada masalah pembelajaran akan menduduki ujian LINUS Saringan 1.
-Dikendalikan oleh guru BM/Matematik/ pemulihan
-Modul P & P disediakan dalam BM, BI, BC dan BT
-Instrumen saringan dibina dalam dwi bahasa iaitu BM-BI, BC-BI, BT-BI
-Proses pelaksanaan diserahkan kepada PPD secara total (ownership)
-1 kumpulan ‘FasiLINUS’ (min 2 orang) akan ditempatkan di setiap PPD
Antaracabaran pelaksanaan LINUS:
-Kumpulan murid yang dikenal pasti ’under stimulus’ (Asli, Penan, pulau) dan data untuk kumpulan ini diambil kira dalam Program LINUS.
-Penerimaan dan sokongan oleh ibu bapa murid
-Pencapaian akhir 2012 – 100%
sesi hari kedua berakhir jam 4.00 petang dan malamnya rehat

Hari ketiga pula diisikan dengan pembentangan berikut:
i. STATUS PELAKSANAAN DASAR 60:40
Salah satu dari Sasaran Kerja Utama Kementerian Pendidikan Malaysia ialah mempertingkat enrolmen murid dalam aliran Sains dan Teknologi (S&T) kepada 60% menjelang tahun 2010 .Mulai tahun 1970 nisbah aliran Sains:Sastera ditetapkan kepada 3:2. Mesyuarat yang dipengerusikan Menteri Pendidikan pada 14 Sept 2000 telah menetapkan pelaksanaan dasar 60:40.
Definisi Aliran S & T :Pelajar yang mengambil sekurang-kurangnya kombinasi dua mata pelajaran dari kelompok elektif Sains dan Teknologi.Pelajar yang mengambil sekurangnya-kurangnya mata pelajaran Sains Tambahan (dari kelompok mata pelajaran elektif) dan Sains dari kelompok mata pelajaran teras.
Antara strategi untuk mencapai dasar 60:40 ialah:
-Menggalakkan murid yang memperolehi sekurang-kurangnya C dalam mata pelajaran Sains dan Matematik dalam PMR mengambil aliran S&T.
-Pihak sekolah diminta mempertimbang permohonan murid yang memperolehi gred D dalam Sains/Matematik PMR untuk mengikuti aliran S&T.
-Sekolah Berasrama Penuh (SBP) menawarkan aliran Sains dan Teknikal sahaja kepada pelajarnya kecuali 3 buah Sekolah Agama Berasrama Penuh.
-Kekosongan di SMTeknik seluruh negara diisi pada bulan April dan Mei.
-Pelaksanaan Program Penggalakan Sains dan Teknologi (PPST) di semua peringkat.
Enrolmen Murid Dalam Aliran S&T 2001 -2009
2001 : 34.19 %
2002 : 40.00 %
2003 : 43.18 %
2004 : 44.58 %
2005 : 45.56 %
2006 : 44.92 %
2007 : 40.20 %
2008 : 38.90 %
2009 : 40.39 %
Isu Pelaksanaan:
1.Definisi murid yang dikategorikan dalam aliran Sains Teknologi kurang jelas sehingga menimbulkan pelbagai intepretasi.
-Penawaran mata pelajaran elektif Sains seperti Sains Sukan, Sains Gunaan, Rekacipta, Sains Pertanian, Sains Tambahan sebagai pelengkap kepada Sains Teras tidak jelas kepada semua pentadbir
-Kedudukan mata pelajaran dalam bidang-bidang tertentu mengelirukan dan perlu diselaraskan
-Sains Sukan diletakkan di bawah kumpulan mata pelajaran Sains mengikut SPI bil 3/2009 berbanding SPI Bil 1/2002 Sains Sukan di bawah Kumpulan elektif Teknologi.
-Matematik Tambahan diletakkan di bawah Bidang Vokasional dan Teknik sedangkan ianya lebih sesuai di bawah Sains dan Matematik.
2. Halatuju makin kabur
-kegagalan menghebah dan menegaskan pelaksanaan dasar ini kepada semua pihak mengakibatkan momentum tidak dapat dikekalkan.
3. Kekurangan murid yang layak ke aliran Sains Teknologi
-Kemasukan ke aliran Sains Teknologi memerlukan kelulusan Sains - Matematik minima C-C dalam PMR
4. Sumber manusia
Pedagogi guru dalam P&P Sains kurang menarik. P&P secara kontekstual kurang dilaksanakan .P & P kebanyakan guru hanya berfokus kepada peperiksaan dan sesi amali semakin kurang dilaksanakan.Pembantu Makmal Sains dan PAR Makmal yang dilantik tidak ada latihan penyediaan bahan dan pengurusan makmal sains sebelum lantikan
Cadangan :
1. Menyeragamkan Definisi Pelajar Aliran Sains dan Teknologi
Mengeluarkan semula surat siaran berkaitan definisi aliran S&T
Menyeragamkan definisi S&T dengan Kem.Pengajian Tinggi
Mengambil kira subjek-subjek MPV/MPAV yang tertentu (ditentukan oleh BPTV/BPK)
2. Memberi wajaran markah amali sains (PEKA) dalam peratusan markah keseluruhan peperiksaan PMR.
3. Peperiksaan Amali Sains Tulen SPM diwujudkan semula menggantikan PEKA dan kertas 3
4. Sekolah SBP,SMT hendaklah 100 % penyertaan S & T manakala SMV 60:40,SMKA 70:30,Sekolah Perdana 80:20 dan Harian Biasa 40:60.
ii.PENARAFAN BINTANG MAKMAL SAINS SEKOLAH MENENGAH & BILIK SAINS SEKOLAH RENDAH
Pendidikan Sains menekankan kemahiran saintifik, kemahiran berfikir dan menghayati nilai murni. Aktiviti amali membolehkan murid menguasai kemahiran ini.
Penggunaan Makmal Sains kini masih pada tahap yang sederhana. Diharapkan dengan penganjuran pemberian bintang ini, kualiti pengurusan makmal dan pelaksanaan amali sains akan melalui proses penambahbaikan dan membantu murid mencapai kecemerlangan.
BPSH diminta oleh Mesyuarat Jawatankuasa Teknikal Makmal Sains yang dipengerusikan oleh TKPPM (Dasar) menyediakan instrumen penarafan bintang makmal/bilik sains.
Objetif:
-Memastikan Makmal Sains sekolah kemas, terurus dan kondusif untuk P&P Mempertingkatkan mutu pengurusan Makmal Sains dan keceriaan sekolah keseluruhannya.
-Meningkatkan langkah-langkah keselamatan dan menambah keselesaan kepada pengguna Makmal Sains.
-Meningkatkan penguasaan kemahiran saintifik, kemahiran berfikir dan memupuk nilai murni di kalangan murid.
-Melengkapkan Makmal Sains dengan alatan yang sesuai supaya pengajaran dan pembelajaran lebih berkesan.
-Meningkatkan kemahiran guru Sains dan kakitangan makmal dalam pengurusan Makmal Sains yang lebih berkesan.
-Mengenal pasti sekolah-sekolah terbaik dalam pengurusan dan penggunaan Makmal Sains di peringkat negeri dan kebangsaan sebagai penanda arasan
Pelaksanaan:
-Semua sekolah menengah dan sekolah rendah di bawah KPM terlibat dalam penganugerahan ini.
-Penganugerahan bintang (1 hingga 5 bintang) merujuk kepada Instrumen Penarafan Kendiri Pengurusan Makmal Sains / Bilik Sains berdasarkan buku Panduan Pengurusan dan Keselamatan Makmal Sains, KPM.
-Dilaksanakan sekurang-kurangnya sekali setahun oleh pihak sekolah.
Instrumen meliputi:
a.ORGANISASI PENDIDIKAN SAINS )
b.INFRASTRUKTUR MAKMAL SAINS )
c.PERANAN GURU SAINS DAN KAKITANGAN MAKMAL ) 20 %
d.SUMBER KEWANGAN )
e.PEMBEKALAN, PROSEDUR PENGGANTIAN DAN PEMBELIAN )
f.PENYENGGARAAN STOK ) 15 %
g.KESELAMATAN MAKMAL SAINS ) 15 %
h.PENGURUSAN PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN SAINS ) 40 %
i.PENGENDALIAN BAHAN DAN PERALATAN SAINS )
j.PENYENGGARAAN MAKMAL SAINS )
k.PELUPUSAN DAN HAPUS KIRA BAHAN SERTA PERALATAN SAINS ) 10 %
Julat Purata Skor Penarafan Bintang
85 - 100 5 *
70 – 84 4 *
50 – 69 3 *
30 – 49 2 *
00 – 29 1 *
Adalah diharapkan dengan adanya penganugerahan bintang ini, semua pihak yang berkaitan akan mengambil tindakan yang sewajarnya untuk mencapai objektif yang telah ditetapkan ke arah kecemerlangan pengurusan dan keselamatan makmal sains
Pada jam 9.30 majlis penutup telah disempurnakan oleh YBhg. Dato Zulkifli Wazir, Pengarah BPSH di mana antara fokus ucapannya ialah jayakan agenda berikut walaupun terpaksa berikat perut kerana himpitan kewangan untuk tahun 2010:
1. Pra sekolah
2. LINUS
3. MBMMBI
4. Sekolah Prestasi Tinggi (GPS diutamakan)
5. New Deal (ganti Bai'ah) antara pengurus sekolah dengan PPD
Ia bertepatan dengan NKRA yang PM war-warkan.

Alhamdullilah, jam 10.30 pagi mesyuarat tamat dan saya berbanyak syukur ke hadrat Illahi kerana pada tarikh yang sama , En. Azhar Zahari, Pegawai Pendikan Swasta, JP Kelantan juga berada di sana dan mesyuarat swasta dengan KPM juga berakhir pada 16 Dis 2009. Saya tumpang berkereta balik ke rumah jika tidak jam 11.00 malam baru bertolak dengan bas dari ipoh ke Kota Bharu..alamak sampai subuh pagi Khamis.Ujian Allah, pada hari berkenaan , saya tak sihat badan dan batuk-batuk hingga tak keluar suara.. ambil cuti hari khamis untuk rehatkan badan yang agak penat.Semoga kita dapat manafaatkan apa yang dicatatkan di sini.. Terima kasih.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

mYcALeNdEr

TUAN ADALAH SAHABAT SAYA


BUAT SAHABAT YANG LAHIR PADA HARI INI SELAMAT MENYAMBUT HARI LAHIR DENGAN SENTIASA MUHASABAH DIRI KE ARAH KEBAIKAN

"Insan Berkualiti Sentiasa Berusaha Menambahkan Amal Makruf dan Sentiasa Berusaha Mengelakkan Nahi Mungkar"

KLIK SIARAN PILIHAN ANDA

mY pLAYLIST

&&&&&&&&&&&&& POP Yeh Yeh Ungu

Kelih-Dengar deh