.................
................................................
....Hebatnya Pencipta.....
-----------------------------------------------
Siapa kita untuk membangga diri?

Radio Islamik (Indonesia)

" ISLAM DIHAYATI, RAJA DITAATI, RAKYAT DINAUNGI "

Suara Bacaan Yang Tetap Diingati

Berita Kepada Kawan

Pengorbanan

Dari Ku Untuk Mu

Logo KPM Kini

Logo KPM Kini

Ikhlas Bertugas - Menginsafi Perjalanan Ini

Monday, March 29, 2010

Uruslah Panitia Anda sebaik mungkin..



Buat sahabat yang dilantik sebagai Ketua Panitia Mata Pelajaran Sains khususnya, di sini saya memperturunkan serba sedikit mengenai Pengurusan Panitia untuk dikongsikan bersama agar Panitia Sains di sekolah Tuan merupakan Panitia yang hebat, yang juga diharapkan menjadi ikutan kepada Panitia lainnya.

Pengurusan Panitia Mata Pelajaran
Pengetua/Guru Besar selaku pengerusi Jawatankuasa Kurikulum Sekolah (JKS) perlu menubuhkan panitia mata pelajaran yang mengandungi sekurang-kurangnya tiga orang guru bagi mata pelajaran tersebut. Sekiranya terdapat seorang guru atau dua orang sahaja, maka digalakkan penggabungan panitia.(SPI Bil:4/1986).Nmum begitu guru mata pelajaran berkenaan tetap mengelolakan fail panitia berkenaan dan menjadi ahli JKS. Pelantikan ketua panitia berdasarkan guru terkanan, berpengalaman, mempunyai prestasi yang cemerlang serta sikap kepimpinan yang tinggi.

Surat pelantikan rasmi perlu diberikan kepada ketua panitia sebagai watikah pelantikan selama tempoh memegang jawatan tersebut.

Contoh Surat Pelantikan Ketua Panitia
Dengan ini, Ali bin Mat, KP:XXXXXX-XX-XXXX dilantik dengan rasminya sebagai Ketua Panitia Mata Pelajaran Sains mulai 3.1.2010 hingga 31.12.2010.

Tuan dengan ini diarahkan untuk mengurus panitia ini dengan mematuhi sepenuhnya perkara berikut:
* Arahan Perkhidmatan bab 4 : Fail Memfail
* SPI Bil.4/1986
* PKPA Bil.2/1991
* SPK Bil: 5/2002 dan lain-lain yang berkaitan dengan pelaksanaan mata pelajaran

Struktur Organisasi Panitia Mata Pelajaran
Penubuhan JK Panitia di sekolah bertujuan agar segala perancangan yang berkaitan dengan pengajaran guru dan pembelajaran murid dapat dijalankan dengan lancar.
Panitia mata pelajaran adalah sebuah badan ikhtisas yang dianggotai oleh semua guru yang mengajar mata pelajaran yang sama di sesebuah sekolah. Badan ini dipimpin dan dikendalikan oleh seorang guru kanan yang dilantik sebagai ketua panitia oleh pemimpin kurikulum. Secara automatik, semua ketua panitia mata pelajaran menjadi ahli JKS. Mereka akan menjadi penghubung antara ahli panitia dengan pemimpin kurikulum.

Contoh Keanggotaan JK Panitia Sekolah:
Penasihat ( Pengetua/Guru Besar)-> Pengerusi ( Ketua Panitia)-> Naib Pengerusi (Penolong Ketua Panitia)->Setiausaha -> Ahli-ahli ( Guru-guru mata pelajaran)
catatan: Pengetua/Guru Besar,GPK,GPK HEMJ,GPK Kokurikulum, Penyelia Petang, Guru Kanan juga adalah sebagai ahli mengikut pelajaran opsyen di samping tugas sebagai penashat)

Ketua panitia mata pelajaran amat penting dalam memfokuskan tugas guru-guru mata pelajaran bagi meningkatkan tahap keberkesanan P & P serta pencapaian murid dalam mata pelajaran berkenaan. Kerjasama ahli panitia dapat meningkatkan tahap profesionalisme keguruan serta merancang peningkatan pencapaian murid melalui aktiviti pembelajaran terancang yang lebih klinikal yang menjurus kepada potensi murid.

Ketua panitia perlu membawa keputusan-keputusan yang diamalkan oleh setiap panitia dalam perjumpaan-perjumpaan berhubung dengan isu-isu atau masalah-masalah kurikulum dan pengajaran kepada pemimpin kurikulum ataupun penolong kanan sama ada untuk mendapatkan penyelesaian mahupun sebagai makluman.

Peranan Ketua dan Panitia Mata Pelajaran di Sekolah
Panitia mata pelajaran di sekolah bertanggungjawab untuk meningkatkan taraf pengajaran dan pembelajaran dalam kalangan murid di sekolah terhadap mata pelajaran itu. Pengetua/Guru Besar harus mengetahui dan menguasai peranan panitia.Pengetua/Guru Besar juga harus membimbing ketua panitia untuk memastikan panitia menjalankan peranannya dengan berkesan. Antara peranan yang pewrlu dilaksanakan oleh panitia ialah:
1. Sukatan Mata Pelajaran
Panitia mata pelajaran berperanan memperolehi sukatan mata pelajaran yang terbaharu atau kemas kini untuk kegunaan ahli-ahli panitia mata pelajaran berkenaan bagi setiap tingkatan atau darjah.
2. Penyediaan Rancangan Mengajar
Panitia perlu menyediakan dan menyelaraskan rancangan mengajar tahunan dsn harian bagi semua tingkatan aatu darjah dalam tahun persekolahan. rancanagn mengajar ini diselaraskan antara guru dalam sesuatu tingkatan atau darjah yang berkaitan.
3. Mencadangkan Bahan Bacaan Tambahan
Panitia memainkan peranan dalam memilih dan mencadangkan buku-buku rujukan atau bahan-bahan bacaan tambahan yang bersesuaian dengan keperluan pembelajaran murid-murid dan kegunaan guru-guru untuk dibekalkan di Pusat Sumber Sekolah. Selain itu, panitia juga berperanan menentukan alat bantu mengajar yang mencukupi dan memenuhi keperluan guru dan murid.
4. Menyelaraskan Soalan-soalan
Panitai berperanan menyelaraskan soalan-soalan ujian dan peperiksaan berasaskan sekolah yang disediakan bagi setiap tingkatan atau darjah serta menubunhkan bank soalan. Panitia juga berperanan menentukan guru-guru yang akan menyediakan soalan-soalan. Soalan-soalan yang sudah siap perlu disemak oleh Ketua Panitia supaya soalan-soalan yang disediakan sesuai dengan tahap kebolehan murid.
5. Mengkaji dan menganalisis keputusan peperiksaan
Panitia juga berperanan untuk mengkaji dan menganalisis keputusan peperiksaan murid-murid dalam setiap peperiksaan berasaskan sekolah,khususnya peperiksaan pertengahan dan akhir tahun.Selepas analisis dilakukan, langkah-langkah perlu diambil untuk mengatasi kelemahan-kelemahan pangajkjaran dan pembelajaran.
6. Mengadakan mesyuarat panitia
Peranan panitia yang seterusnya ialah mengadakan mesyuarat sekurang-kurangnya sekali dalam sepenggal dan mengadakan perjumapaan-perjumpaan secara "ad-hoc" apabila diperlukan. Selain itu, panitia juga memainkan peranan mengatur perjumpaan dan mesyuarat dengan ahli panitia secara formal dan tidak formal untuk memikirkan dan membincangkan masalah atau isu yang berkaitan.
7. Bertukar-tukar pengalaman
Panitia juga berperanan bertukar-tukar pengalaman dan pengetahuan baharu yang diperoleh daripada ahli-ahli lain setelah mengikuti kursus atau seminar.Pengalaman ini penting supaya ahli-ahli yang lain mendapat ilmu pengetahuan yang berguna dalam usaha mempertingkatkan proses pengajaran dan pembelajaran.
8. Penyelengaraan fail-fail panitia
Penyelengaraan fail-fail panitia sangat penting dan semua minit atau laporan mesyuarat, surat menyurat dan rekod-rekod yang berkaitan perlu disimpan dalam fail panitia. Setiap guru yang mengajarkan mata pelajaran tertentu boleh merujuk kepada Ketua Panitia untuk mendapatkan sukatan mata pelajaran atau rancangan tahunan.
9. Menwujudkan semangat kerjasama
panitia juga berperanan menwujudkan semangat saling berkerjasama dengan persatuan di sekolah dan menjalinkan hubungan kerja yang boleh membantu untuk mencapai matlamat pengajaran dan pembelajaran. Selain itu, panitia juga perlu bekerjasama dan bertukra-tukar fikiran, pengalaman dan kepakaran dengan panitia=panitia di sekolah-sekolah yang berhampiran. Seterusnya, panitia perlu bekerjasama dengan panitia lain dan membantunya dalam usaha ke arah memajukan murid-murid yang lemah dalam mata pelajaran tertentu.
10. Menganggarkan perbelanjaan
Ketua Panitia juga berperanan merancang anggaran perbelanjaan dalam setiap opanitia masing-masing. Ketua panitia juga merancang dan memikirkan bahan-bahan sesuai seperti alat bantu mengajar dan buku rujukan yang difikirkan dapat membantu proses pengajaran dan pembelajaran.

Bersamalah kita berperanan...

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

mYcALeNdEr

TUAN ADALAH SAHABAT SAYA


BUAT SAHABAT YANG LAHIR PADA HARI INI SELAMAT MENYAMBUT HARI LAHIR DENGAN SENTIASA MUHASABAH DIRI KE ARAH KEBAIKAN

"Insan Berkualiti Sentiasa Berusaha Menambahkan Amal Makruf dan Sentiasa Berusaha Mengelakkan Nahi Mungkar"

KLIK SIARAN PILIHAN ANDA

mY pLAYLIST

&&&&&&&&&&&&& POP Yeh Yeh Ungu

Kelih-Dengar deh