.................
................................................
....Hebatnya Pencipta.....
-----------------------------------------------
Siapa kita untuk membangga diri?

Radio Islamik (Indonesia)

" ISLAM DIHAYATI, RAJA DITAATI, RAKYAT DINAUNGI "

Suara Bacaan Yang Tetap Diingati

Berita Kepada Kawan

Pengorbanan

Dari Ku Untuk Mu

Logo KPM Kini

Logo KPM Kini

Ikhlas Bertugas - Menginsafi Perjalanan Ini

Tuesday, October 16, 2012

Adakah kita sentiasa dipermainkan ?


Musa Hassan tarik balik saman terhadap Anwar
10:27AM Okt 16 2012  
dikemaskini Bekas Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan hari ini menarik balik saman fitnah terhadap Datuk seri Anwar Ibrahim berkaitan laporan polis oleh ketua pembangkang itu berhubung dakwaan mereka bukti dalam perbicaraan Liwat 1.

NONEPenarikan balik saman oleh Musa bekas direkodkan di hadapan Pesuruhjaya Kehakiman, Datuk Asmabi Mohamad di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur.

Peguam Kamarul Hisham Kamaruddin dan Hasnal Rezua Merican yang mewakili Musa, memaklumkan kepada Asmabi mengenai penarikan balik saman di mahkamah yang penuh sesak dipenuhi penyokong Anwar.

Peguam N Surendran yang mewakili Anwar berkata ekoran penarikan balik saman tersebut, mereka tidak menuntut kos.
"Mahkamah kemudiannya membatalkan saman berikutan permohonan ini," katanya.

Musa memfailkan saman tersebut berikutan laporan polis Anwar terhadapnya, Peguam Negara Tan Sri Abdul Gani Patail, bekas Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur Datuk Mat Zain Ibrahim dan ahli patologi Hospital Kuala Lumpur Dr Abdul Rahman Mohd Yusof pada tahun 2008, mendakwa bukti direka dalam kes Liwat 1.

Anwar (kiri), yang ditangkap pada 20 September 1998 atas tuduhan
penyalahgunaan kuasa dan liwat, telah dipukul oleh bekas ketua polis negara, Tan Sri Abdul Rahim Noor semasa ditahan di lokap.

Laporan polis itu membawa kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah (SPRM) menyiasat Musa dan Abdul Gani - yang masing-masing merupakan pegawai penyiasat dan ketua pendakwaraya bagi kedua-dua kes terhadap Anwar itu - atas dakwaan salahguna kuasa, di mana panel tiga hakim yang diketuai oleh bekas Hakim Mahkamah
Persekutuan, Datuk Abdul Kadir Sulaiman dilantik untuk menjalankan siasatan.

NONEBagaimanapun, panel tersebut, dalam keputusan majoriti memutuskan bahawa Musa dan Abdul Gani tidak melakukan penyalahgunaan kuasa. Abdul Kadir satu-satunya yang membuat keputusan sebaliknya.

Walaupun Abdul Gani dan Musa telah dibebaskan oleh panel tersebut, yang diumumkan oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Nazri Abdul Aziz di Parlimen, tetapi ia tidak menghilangkan dakwaan terhadap kedua-dua mereka.

Ini berikutan pendedahan Mat Zain - pegawai penyiasat dalam insiden mata lebam - berhubung peranan kedua-duanya yang didakwa mereka bukti, dalam pelbagai surat terbuka yang dihantarnya kepada pihak media, dengan salinannya dihantar kepada ketua polis negara dan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Abdul Razak.

Surendran memberitahu Malaysiakini bahawa Mat Zain, bersama-sama dengan bekas pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial, Datuk Ramli Yusuff, adalah antara saksi yang dijadual memberi keterangan bagi pihak pembelaan.

Pada mulanya, mahkamah telah menetapkan perbicaraan selama tiga hari untuk mendengar saman fitnah Musa, dengan bekas IGP itu memberi keterangan hari ini.
Versi bercanggah

Di luar mahkamah, kedua-dua Musa dan Anwar memberikan kenyataan yang berbeza mengenai penarikan balik saman tersebut.

NONEMusa (kiri dalam gambar), dalam mengulas keputusannya itu berkata terdapat "salah faham" mengenai peranannya dalam insiden mata lebam itu.

Katanya, selepas berbincang dan melihatkan perkara yang dibangkitkan dalam samannya itu, beliau telah difahamkan terdapat salah faham yang dibawa oleh rang-orang tertentu, yang mengakibatkan kes itu yang berkaitan dengan insiden mata lebam, telah dibawa ke mahkamah hari ini.

"Oleh itu, saya menerima penyelesaian di luar mahkamah seperti yang dicadangkan oleh mereka (defendan)."

Musa berkata perbincangan mengenai penarikan balik saman tersebut telah dibuat sejak semalam.

Kamarul Hisham, ketika mengulas mengenai apa yang berlaku, berkata pihak berkenaan telah bercakap bahawa terdapat salah faham mengenai peranan Musa dan ini telah diperjelaskan dan pihak-pihak terbabit bersedia untuk menyelesaikannya.

Berikutan itu, kata beliau pihaknya menarik balik saman itu dari mahkamah.

Musa menafikan bahawa dia menarik saman tersebut kerana takut "diasak" oleh peguam Anwar di mahkamah.

Kamarul Hisham berkata Anwar juga boleh 'diasak' jika dipanggil memberi keterangan di mahkamah.

Anwar mahu tribunal terhadap AG

Anwar, yang hadir di mahkamah, berkata Musa telah mengaku terdapat salah faham berhubung perkara itu dan beliau memaafkan Musa di atas apa yang telah dilakukannya.

Katanya, beliau gembira Musa telah menarik balik samannya, tetapi menegaskan bahawa dakwaannya masih belum dipatahkan terutamanya berkaitan peranan Peguam Negara (sekarang Tan Sri Abdul Gani Patail) dan beliau percaya sebuah tribunal perlu ditubuhkan untuk mendengar dakwaan bahawa wujud konspirasi mereka bukti dalam kes Liwat I dan kes mata hitam.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

mYcALeNdEr

TUAN ADALAH SAHABAT SAYA


BUAT SAHABAT YANG LAHIR PADA HARI INI SELAMAT MENYAMBUT HARI LAHIR DENGAN SENTIASA MUHASABAH DIRI KE ARAH KEBAIKAN

"Insan Berkualiti Sentiasa Berusaha Menambahkan Amal Makruf dan Sentiasa Berusaha Mengelakkan Nahi Mungkar"

KLIK SIARAN PILIHAN ANDA

mY pLAYLIST

&&&&&&&&&&&&& POP Yeh Yeh Ungu

Kelih-Dengar deh