.................
................................................
....Hebatnya Pencipta.....
-----------------------------------------------
Siapa kita untuk membangga diri?

Radio Islamik (Indonesia)

" ISLAM DIHAYATI, RAJA DITAATI, RAKYAT DINAUNGI "

Suara Bacaan Yang Tetap Diingati

Berita Kepada Kawan

Pengorbanan

Dari Ku Untuk Mu

Logo KPM Kini

Logo KPM Kini

Ikhlas Bertugas - Menginsafi Perjalanan Ini

Friday, January 11, 2013

Mengapa Jadi Begini..apa puncanya?

Kereta JPJ dibakar selepas kemalangan 10 kenderaan
5:17PM Jan 11 2013
Sebuah kenderaan penguatkuasa Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) diterbalikkan dan dibakar oleh orang ramai yang marah selepas kemalangan teruk yang membabitkan 10 kenderaan di Ayer Tawar, Perak petang ini.
NONETimbalan OCPD Manjung, Ahmad Mat Isa memberitahu Malaysiakini

bahawa 15 orang mengalami kecederaan ringan dalam kemalangan tersebut, tetapi tidak seorang pun dimasukkan ke hospital.

Tiada kematian dilaporkan setakat ini.

Kemalangan itu berlaku petang ini selepas sesi persekolah di Jalan Beruas-Ayer Tawar, yang  melibatkan kenderaan penguatkuasa pacuan empat roda JPJ , dua bas sekolah, dua lori, sebuah motosikal dan empat buah kereta.

Saksi telah memuat-naik ke Facebook video selama lapan minit yang

menunjukkan sekumpulan orang ramai marah dan menjerit serta membaling objek ke arah kenderaan pacuan empat roda itu.

Mereka kemudiannya menterbalikkan kenderaan itu sebelum dua anggota polis trafik tiba dan cuba untuk menghalang mereka.

Bagaimanapun, mereka gagal untuk meredakan kemarahan orang ramai dan mereka bertindak memecahkan tingkap kenderaan, itu diiringi oleh teriakan marah "bakar!"

Selepas satu objek dibaling ke arah kenderaan pacuan empat roda yang terbalik itu, ia terbakar, memaksa orang ramai berundur.

Tidak lama kemudian, beberapa anggota bomba datang dan memadamkan api.

Malaysiakini masih cuba untuk mendapat punca kemalangan tersebut dan kemarahan orang ramai itu.
 
Saksi dakwa kereta peronda JPJ sebabkan kemalangan


 
Saksi-saksi kemalangan jalan raya yang membabitkan 10 kenderaan dan mengakibatkan 15 orang cedera di Ayer Tawar, Perak petang ini mendakwa ia disebabkan oleh kereta peronda Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) yang cuba memintas sebuah lori.

Bagaimanapun, pihak polis menafikan dakwaan itu, dan berkata kereta peronda JPJ itu telah dilanggar oleh lori. Diberitahu oleh saksi bahawa kenderaan pacuan empat roda JPJ itu menyeberangi pembahagi jalan untuk memintas sebuah lori yang datang dari arah bertentangan.

Perbuatan secara tiba-tiba itu menyebabkan lori, yang didakwa membawa lebih muatan kelapa sawit, membrek secara mengejut dan dilanggar oleh kenderaan lain di belakangnya.

Menurut polis, 10 kenderaan - kereta peronda JPJ, dua bas sekolah, dua buah lori, sebuah motosikal dan empat buah kereta, terbabit dalam kemalangan tersebut.Salah sebuah daripada 10 kenderaan tersebut - Kancil hijau - terbakar selepas melanggar kenderaan lain.

Mujurlah dua lelaki Cina dan seorang lelaki India memecahkan pintu kereta dan menyelamatkan seorang wanita Melayu yang terperangkap di dalam kereta tersebut, dan memadamkan api.

"Orang ramai sangat marah dan menuntut pegawai JPJ bertanggungjawab terhadap tindakan berbahaya seperti itu. Mereka kemudian memecahkan kenderaan JPJ, menterbaliknya dan membakarnya. Keadaan tidak ganas, mereka hanya marah, 

Selepas api dipadamkan, orang ramai yang marah enggan membenarkan pihak berkuasa untuk mengambil kenderaan yang terbakar itu tanpa memberi penjelasan yang memuaskan hati mereka.

"Mereka kemudian menterbalikkan kenderaan itu untuk kali kedua."

 Kini gambar dan video kejadian, yang telah dimuat naik dan dikongsi dalam media sosial.

Timbalan Ketua Polis Daerah Manjung, Ahmad Mat Isa mengesahkan kepada Malaysiakini bahawa 15 orang mengalami kecederaan ringan dalam kemalangan tersebut.

Beliau menafikan khabar angin bahawa empat orang mati dalam kemalangan tersebut, dan menjelaskan bahawa tiada kematian dilaporkan setakat ini, dan tiada pelajar di antara mereka yang cedera kerana dua bas terlibat tidak membawa pelajar.

Ahmad menyangkal dakwaan bahawa tiga pegawai JPJ di dalam kenderaan pacuan empat roda telah bertindak secara melulu dan mereka tidak cuba memintas lori terbabit.

Sebaliknya, beliau mendakwa ketiga-tiga mereka adalah dalam perjalanan pulang ke Manjung dari pejabat JPJ Ipoh.

Kenderaan peronda mereka berhenti di hadapan lampu isyarat di depan sebuah sekolah di Ayer Tawar, tetapi dilanggar oleh sebuah lori di belakang kenderaan mereka, menyebabkan kenderaan lain di belakang melanggar lori tersebut, kata Ahmad.

Jika tiga pegawai tersebut menjalankan tugas penguatkuasaan, sepatutnya ada alat penguatkuasaan seperti kon trafik di dalam kereta.

NONEKatanya, menurut laporan polis dan siasatan polis, mendapati tidak
barangan seumpama itu dalam kereta berkenaan.

Beliau menjelaskan bahawa ketiga-tiga pegawai JPJ itu melarikan diri dari tempat kejadian selepas dikelilingi orang ramai. Mereka menaiki pengangkutan awam untuk ke balai polis Manjung untuk membuat laporan.

Pihak polis masih menyiasat tindakan menterbalikkan kenderaan JPJ itu dan siapa yang melakukannya, tambah Ahmad.

Kes itu disiasat di bawah Seksyen 427 Kanun Keseksaan kerana melakukan khianat dan Seksyen 43 Akta Pengangkutan Jalan 1987 kerana memandu secara berbahaya.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

mYcALeNdEr

TUAN ADALAH SAHABAT SAYA


BUAT SAHABAT YANG LAHIR PADA HARI INI SELAMAT MENYAMBUT HARI LAHIR DENGAN SENTIASA MUHASABAH DIRI KE ARAH KEBAIKAN

"Insan Berkualiti Sentiasa Berusaha Menambahkan Amal Makruf dan Sentiasa Berusaha Mengelakkan Nahi Mungkar"

KLIK SIARAN PILIHAN ANDA

mY pLAYLIST

&&&&&&&&&&&&& POP Yeh Yeh Ungu

Kelih-Dengar deh